Sunday 8 May 2011

Selamat hari ibu mak!


Assalamualaikum w.b.t. Post kali nie aku nak ucapkan selamat menyambut hari ibu pada semua. Semoga korang menghormati ibu korang walau macam mana ibu korang layan korang, tak kire la baik ke tak baik ke, yang penting ibu yang melahirkan kita, membesarkan kita, tanpa leteran ibu, kita takkan tahu mana yang baik atau mana yang buruk.Di sini aku nak btaw korang pasal "hukum tidak menjawab panggilan ibu". Berdosa kalu tak jawab panggilan ibu. dan apabile hendak jawab panggilan ibu,janganlah jawab cam bunyi anak lembu tapi jawablah kamu dengan baik seperti "ye saye ibu,abang datang ni" atau "ye saye, akak datang nie" apabila teringat psl cite panggilan neh.. tingat aku cite kat tanyalah ustaz kat tv9 cite die cmni..

Kisah Juraij; Pentingnya menyahut panggilan ibu

Di dalam kitab Syarah Al-Adabul Mufrad diceritakan, pernah terdapat seorang ahli ibadah yang bernama Juraij. Beliau banyak beribadah sehingga didirikan sebuah biara untuknya, dan dia tinggal di dalamnya. Suatu ketika ibunya datang pada saat dia sedang mendirikan solat.

Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!”

Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”

Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Pada keesokan hari ibunya datang semula dan Juraij masih sedang bersolat.

Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!”

Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”

Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Pada keesokan hari ibunya datang semula (untuk kali ketiga) dan Juraij masih sedang bersolat.

Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!”

Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”

Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Lantas ibunya berdoa:

“Ya Allah! Janganlah Engkau matikan Juraij melainkan setelah dia melihat wajah-wajah pelacur!”

Sejak saat itu, kaum Bani Israil mula bercerita tentang Juraij dan ibadahnya. Ada seorang pelacur yang berdandan cantik berkata:

“Jika kalian kehendaki, aku akan menggodanya untuk kalian.”

Maka pelacur itu menawarkan diri kepada Juraij, tetapi Juraij sama sekali tidak mengendahkannya. Lalu pelacur tersebut mendatangi seorang pengembala kambing yang sedang berteduh di biara Juraij, menyerahkan diri kepadanya sehingga pengembala itu menyetubuhinya. Pelacur tersebut menjadi hamil. Ketika anak itu dilahirkan, pelacur tersebut mendakwa:

“Ini adalah anak Juraij.”

Maka orang ramai mendatangi Juraij, memaksanya keluar, menghancurkan biaranya dan memukulnya.

Juraij bertanya: “Kenapakah kalian melakukan semua ini?”

Mereka menjawab: “Engkau telah melacur dengan pelacur ini sehingga dia melahirkan anak kamu!”

Juraij bertanya: “Di manakah anak tersebut?”

Lalu bayi itu dibawa kepada Juraij. Dia berkata: “Biarkan aku, aku ingin bersolat terlebih dahulu.”

Maka Juraij bersolat. Setelah selesai, Juraij mendatangi bayi tersebut, memukul di perutnya, lalu bertanya:

“Wahai bayi, siapakah ayah kamu?”

Bayi itu menjawab: “Ayahku adalah seorang pengembala kambing.”

Tatkala mendengar jawapan tersebut, orang ramai kembali kepada Juraij, menyentuhnya dan menciumnya (kerana mereka telah bersalah dalam menuduhnya) dan berkata:

“Kami akan membangunkan semula biara kamu yang kami hancurkan dengan emas.”

Juraij menjawab: “Tidak, tetapi bangunkanlah ia dengan tanah sebagaimana asalnya.”

Apabila ditanya Juraij menjawab: “Suatu perkara yang saya ketahui, Saya terkena ucapan dari mulut ibu saya.”

Walaupun peristiwa itu dapat diatasi oleh Juraij, tetapi ia memberikan pengajaran yang cukup bermakna kepadanya. Suatu fitnah yang besar telah menimpa beliau. Sebagai seorang yang soleh dan mengabdikan seluruh hidupnya kepada Allah beliau tidak patut dimalukan dan disakiti begitu. Akhirnya beliau sedar bahawa itu adalah balasan kerana beliau telah menyakiti hati ibunya.

Selamat Hari ibu Mak! semoga aman di sana.. 
tips: Bagi Ibu yang sudah tiada anak2 perlu sentiasa masukan doa utk ibu dalam setiap doa walaupun doa makan.. InsyaAllah..
Source : tanyalah Ustaz @ tv9 

0 comments:

Post a Comment

followers