Fuhyo!

Kadang-kadang aku ingin menjadi seperti mereka,berjaya di dalam apa yang di ceburi.

Mata Melihat

Mata melihat, Hati Merasa.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday 30 May 2011

PANDANGAN ISLAM TERHADAP MUZIK

Nyanyian yang lunak adalah santapan jiwa manusia, menyegarkan otak dan disukai oleh pendengaran. Ia adalah kelazatan bagi telinga sepertimana makanan yang menjadi kelazatan bagi mulut dan perut; Pemandangan yang indah menjadi kelazatan bagi mata; bauan yang harum menjadi kelazatan bagi hidung dan sebainya.Adakah perkara-perkara yang baik dan lazat ini haram bagi Islam?!

Daripada beberapa dalil Qur’an,setiap benda yang baik lazimnya halal; Oleh itu setiap yang baik dipandang oleh jiwa dengan baik; akal manusia yang sejahtera adalah halal sebagai kerahmatan kepada umat Islam ini dan juga kerana kesyumulan, kelengkapan, dan keberkekalan risalah Islam.

Firman Allah (maksud):

“Mereka bertanya kepadamu: Apakah yang dihalalkan bagi mereka?Bagi menjawabnya katakanlah:Dihalalkan bagi kamu yang lazat-lazat serta baik. “(Maaidah: 4)

Hak mutlak menghalal/mengharam sesuatu adalah milik Allah saja: (maksud):

“Katakanlah:’ Sudahkah kamu nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfa’at kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanyaharam dan sebahagian lagi halal?Katakanlah lagi (kpd mereka):Adakah Allah mengizinkan kepada kamu hanya mengada-ngadakan secara dusta terhadap Allah?” (Yunus:59)

Firman Allah (maksud):

“Sesungguhnya merugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka kerana kebodohan lagi tidak berilmu (sedang Allah memberi rezki kepada sekelian makhluk); dan rugilah (mereka) yang mengharamkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka dengan berdusta terhadap Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka dan tiadalah mereka mendapat petunjuk.” (al An’am: 140)

Firman Allah (maksud):

“Dan kehidupan dunia ini hanyalah LAHWUN dan permainan belaka..” (Ankabut: 64)

RasuluLlah saw pernah menasihati Handzalah, Wahai Handzalah, bergurau ada masanya dan serius ada masanya. Saidina Ali ada menasihatkan:Rehatkan hatimu dr masa ke semasa kerana hati jika dipaksa akan menjadi buta. Juga dari Ali KW:Hati juga merasa jemu sepertimana juga badan merasa jemu; maka carilah perkara-perkara yang menarik untuk menghiburkannya. Telah berkata Abu Darda’:Aku menghiburkan diriku dengan sedikit al Lahwu untuk menguatkan diriku dalam melakukan perkara-perkara kebaikan.

KATA IMAM AL GHAZALI:

Apabila diajukan kepada Imam alGhazali apakah nyanyian termasuk al Lahwu? Beliau berkata:Ya begitulah sebenarnya. Sesungguhnya seluruh dunia adalah al lahwu dan permainan..dan semua guarauan bersama isteri adalah al lahwu melainkan jima’ yang bertujuan melahirkan zuriat. Begitu juga setiap gurauan yang tidak mengandungi kejahatan dan kemaksiatan, maka ia adalah halal. Sebab itulah ada waktu-waktunya makruh mengerjakan solat nawafil (sunat) untuk memberi kerihatan kepada orang yang sering melakukannya. Kerihatan sebenarnya menolong utk terus beramal. Sedikit dalam al lahwu dapat menolong seseorang dalam situasi tegang oleh kerana kita tidak akan mampu untuk sentiasa dalam keadaan serius dan kepahitan sepanjang masa kecuali jiwa para Anbiya’.

Maka al lahwu (berhibur seketika) adalah ubat juga bagi jiwa. Maka allahwu sudah semestinya Harus. Tapi al lahwu seperti mana ubat-ubatan yang lain ia tidak boleh diambil secara berlebihan.

Jika al lahwu disertai dengan niat ibadah, ia menjadi ketaatan kepada Allah. Sesiapa yang mendengar nyanyian dan muzikal janganlah menganggapnya sebagai sifat terpuji! Tapi hanya sekadar mendapatkan kelazatan dan kerihatan semata-mata.

Manusia mempunyai tingkatan: perkara-perkara yang harus kepada golongan martabat ABRAR (golongan yang baik) adalah kejahatan kepada golongan muqarrabin ( mereka yang sangat hampir dengan Allah) dan seterusnya.

Oleh itu kita mesti mengambil hukum ‘am/pada kadar yang biasa. Bagi yang mengetahui selok belok cara untuk mengubat hati, cara untuk melembutkan hati dan mendorongnya kepada kebenaran, secara pasti dia juga akan tahu bahawa merihatkan hati dengan perkara-perkara begini (lahwun dan la’ibun) adalah ubat yang berguna yang mesti digunakan (al Ghazali).

Nyanyian adalah Harus (dibolehkan) tapi dalam Acuan Islam . Muzik adalah termasuk dalam perkara tabi’iy (asasi) di sisi fitrah manusia. Ia juga termasuk bab Urf (adat resam sesuatu bangsa); ada bangsa yang amat suka kepada muzik dan nyanyian; Islam tidak menghalang sesuatu yang selari dengan fitrah dan diterima oleh urf (adat) atau cara hidup budaya setempat. (Prof Qardhawi, halal ; haram , juga Fatwa Mu’asirat) Bermain gambus dan nyanyian oleh hamba sahaya sudah diamalkan sejak zaman Ali bin Talib dan tiada yang menegahnya..

Malangnya industri musik seperti juga bidang-bidang lain, ia diterajui oleh Barat yang mempunyai muslihat yang jahat terhadap Islam terutama remajanya. Apabila industri muzik; nyanyian itu diterajui oleh Barat, maka umat Islam perlulah berhati-hati, unsur-unsur yang diketengahkan oleh mereka adalah bertujuan melalaikan manusia, menjatuhkan mereka kepada maksiat dan menjurus kepada manusia meninggalkan kehidupan beragama. Industri muzik Barat juga memperkenalkan pelbagai jenis muzik yang melampau seperti heavy metal, rap, rock, super dance dan lain-lain yang bertentangan dengan fitrah. Ini bertentangan dengan hiburan dalam Islam yang bertujuan memberi sedikit kerehatan kepada jiwa manusia.

Oleh itu rumusannya industri musik dan nyanyian yang harus ialah yang sesuai dengan fitrah manusia, menghibur dan memberi ketenangan kepada jiwa dan mematuhi adab-adab Islam ; ini menuntut kesedaran Islam yang tinggi dari pemuzik dan pencipta lagu Muslim supaya membentuk arahalir industri musik yang tersendiri dan terpisah drpd pengaruh jahat Barat. Sebarang percubaan Barat untuk menghanyutkan umat Islam kepada kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan, mestilah dihalang, menetapi kaedah Masoleh Mursalah (kepentingan awam), Sadd Adz Dhara’iy (menutup pintu-pintu kejahatan) dan Istiqra’ (pungutan suara rakyat) juga Urf (adat budaya tempatan).

PANDANGAN ULAMA” TERHADAP MUZIK

Ulamak yang paling berautoriti dalam hukum-hukum yang baru utk abad ini ialah al marhum Syaikh Mahmud Syaltut, bekas rektor al Azhar dalam koleksi Fatwanya, alFatawa (terbitan Darul syuruq, Cairo. 1960) ms 355-359 menjelaskan dengan tegas empat perkara tentang muzik:

Pertama: Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugrahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga. (Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam alGhazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208.)

Kedua: AlQur’an yang mendasari segala peraturan dan perundangan di atas dasar kesempurnaan dalam Tujuan sentiasa menjaga supaya tidak berlaku keterlaluan dipihak yang tidak menggunakan muzik dan pihak yang menggunakan muzik secara berlebihan. Islam mahukan kesederhanaan.

Ketiga: Fuqaha’ terdahulu membenarkan musik apabila mempunyai konteks yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, hajji, perkahwinan, perayaan id. Mengikut fuqaha’ Hanafi muzik yang dilarang ialah dengan bersyarat jika ia bercampur dengan sebutan alkohol, gadis penyanyi, fusuq, perzinaan dan keberhalaan. Aku (Syaltut) berpendapat larangan terhadap muzik adalah berdasarkan kpd konteks dan iringannya dengan yang lain dan bukanlah suatu reaksi terhadap muzik itu sendiri.

Keempat: Syaltut memberi amaran bahawa sesiapa yang berani melarang sesuatu perkara yang tidak jelas dilarang oleh Allah. Dalilnya ialah firman Allah dalam surah al A’raf: 32-33. siapakah yang berani mengharamkan perhiasan drpd Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan rezki yang baik-baik?….. hingga akhir.

Kesimpulannnya: secara ‘amnya muzik dibenarkan, jika ada larangan terhadapnya adalah kemalangan atau pengecualian disebabkan perlaku penyalahgunaan terhadap muzik itu sendiri.

Hukum mengenai muzik, pemuzik dan alat muzik mengikut Hujjatul Islam alGhazali (Ihya’ Ulumidin, vol 2, pg 283-301) menjelaskan ada tiga komponen penting yang mempengaruhi hukum muzik yang mungkin berubah dari masa kesemasa: zaman, makan dan ikhwan. ‘Zaman’ merujuk kepada masa, apakah muzik itu melalaikan daripada jihad dan ibadah. ‘Makan’ merujuk kepada suasana, situasi, occasion atau upacara di mana muzik itu dipersembahkan. ‘Ikhwan’: merujuk kepada aktiviti muzik itu; jika dengan muzik itu boleh menyebabkan mereka terdedah kepada manusia yang jahat atau membawa kepada kejatuhan moral.

Menurut al Ghazali inilah tiga komponen yang menjadi neraca bagi muslim di setiap zaman menghukum muzik: zaman, makan dan ikhwan.

Berbalik kepada soalan asal: apakah alat muzik yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan dalam Islam?

Al Ghazali menjelaskan (Ihya’ Ulumiddin, vol2, pg 271-272): tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah yang melarang alat-alat muzik bahkan setengah alat muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, ia tidak lebih daripada seperti kemerduan suara burung. Ianya dilarang jika ada hubungan atau dikaitkan dengan kumpulan peminum arak, homoseks dan lain-lain yang diarang.

Menurut Prof Lamya’ alfaruqui hukum hudud Islam jika seseorang didapati mencuri alat muzik ini berbedza-bedza mengikut madzhab. Misalnya menurut Syaikh Ibn Abu Zaid al Qairawan, Bakhurah alSa’ad menjelaskan pencuri alat muzik tidak boleh dipotong tangannya. Imam Syafi’iy dalam al Umm menjelaskan seseorang yang didapati bersalah memecahkan peralatan muzik tidak boleh dihukum. Manakala menurut sebahagian ulamak sesiapa yang memecahkan seruling atau sebarang alat muzik, ia layak dkenakan hukuman kerana menjual peralatan muzik itu sah di sisi undang-undang Islam.

Kesimpulan dan tarjih:

1. Menurut Fatwa Syaltut, muzik adalah harus selagi bukan untuk tujuan melalaikan dan maksiat

2. Menurut al Ghazali, tidak ada perincian syara’ tentang peralatan muzik yang halal dan haram. Ia bergantung kpd zaman(masa), makan(tempat), dan ikhwan(aktiviti muzik); mana-mana alat muzik yang baik dan lunak di dengar adalah harus, dan mana-mana alat muzik yang jelik dan dihubungkan dengan kumpulan manusia yang jahat akhlaknya adalah ditegah.

3. Hukum muzik, pemuzik dan peralatan muzik akan sentiasa berubah mengikut keadaan umat dan ulamak semasa.

wallahua’lam





Friday 27 May 2011

Kau segala-galanya

Antara firman Allah bermaksud: “Dan Kami (Allah) mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga menyusukannya); dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (oleh yang demikan) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Al-Luqman: 14)


Daripada firman itu, Allah memperincikan beberapa perkara yang wajib disedari iaitu anak diwajibkan berbuat baik kepada ibu bapa, terutama kepada ibu.

Assalammualaikum w.b.t dan salam 1Malaysia. Setiap kali buka televisyen(tv) pasti anda semua akan melihat drama/filem/telemovie tentang anak-anak yang tidak menghormati ibu-bapa. Sebenarnya tujuan mereka menayangkan cerita sebegitu kerana ia adalah sikap realiti manusia zaman sekarang. Pernah sekali saya melihat program Tanyalah Ustaz di tv9 pada hari Ibu yang lepas, mereka membincangkan masalah ini. Semasa sesi bertanyakan Ustaz, Ada cerita yang di kongsi kepada semua tentang seorang anak yang tidak membenarkan ibunya bertandang ke rumahnya dan tidak membuka pintu rumahnya untuk si ibu. Ya Allah, sayang sekali si anak kerana ramai anak yang sepertinya inginkan ibunya selalu berada si samping mereka. Semoga Allah membuka pintu hati si anak.

Di sini saya ingin menegaskan tentang cara menghormati seorang Ibu yang dan tanggungjawab kita sebagai seorang anak,.

1. Sentiasalah berbuat baik terhadap Ibu
2. Membalas panggilan semasa si Ibu memanggil anaknya dengan perkataan yang baik dan elok seperti
    "Ya, saya datang ibu," , "Ya, Mak akak/Abg datang ini".
3. Sentiasa mendoakan kesejahteraan Ibu dan panjangkanlah umur Ibu.
4. Menghormati Ibu.
5. Menjaga perasaan Ibu.
6. Berbakti kepada Ibu dengan seikhlas-ikhlas hati.
7. Sentiasa memohon maaf kepada ibu.
8. Menjaga dan melayani mereka yang tua dan uzur.
9. Dan lain-lain lagi.

Faktor yang penting dalam berbuat baik kepada ibu bapa ialah anak jangan sesekali menyakiti hati mereka. Ingatlah kepada sebuah hadis Rasulullah s.a.w bermaksud: “Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.” (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasai)

Bagi mereka yang sudah ketiadaan Ibu di sisi, hendaklah berdoa untuk kesejahteraan Ibu di sana.Kata Ustaz di rancangan itu, Masukkanlah doa untuk ibu di setiap doa yang kita baca, termasuklah doa makan diakhir doa bacalah seperti " Ya, Allah, selamatkanlah ibu ku di sana dan tempatkan ibu di tempat orang yang solehah".Sentiasalah sedekahkan Al-fatihah kepada arwah.

Semoga dengan ini kita akan sama-sama memperbaiki diri dan berbakti kepada ibu kita. InsyaAllah kita akan mendapat pahala yang setimpal dengan apa yang kita buat. Selamat di dunia dan akhirat.

Wednesday 25 May 2011

Menjaga aurat sesama jantina

Allah menurunkan peringatan-Nya bermaksud: “Katakanlah kepada laki-laki beriman, hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (Surah an-Nur, ayat 30)


Ketika menafsirkan ayat ini, Imam Ibnu Kathir tidak mengkhususkan ‘menundukkan pandangan’ hanya kepada wanita. Beliau mengambil pandangan sebahagian besar Ulama Salaf yang melarang memandang ‘amrad’ (lelaki cantik). Bahkan sebahagian mengharamkannya kerana menimbulkan fitnah.


Assalammualaikum w.b.t dan salam 1malaysia. Post kali ini di buat kerana tertarik dengan artikel ini tentang menjaga aurat sesama jantina dan di harap dapat kita berkongsi sesama kita bagi memahami lebih tentang menjaga aurat di dalam pergaulan harian kita.Hukum asal dalam Islam, dibenarkan lelaki memandang sesama lelaki. Juga tiada larangan bersentuhan. Malah disunatkan bersalam-salaman untuk mengikat hubungan silaturahim sesama Muslim


Daripada Abu Said al-Khudri, Nabi SAW bersabda bermaksud: “Janganlah seorang lelaki melihat aurat sesama lelaki. Jangan pula seorang perempuan melihat aurat sesama perempuan. Seorang lelaki tidak boleh bersentuhan kulit sesama lelaki dalam satu selimut. Demikian pula seorang perempuan tidak boleh bersentuhan dengan perempuan lainnya dalam satu selimut.” (Sahih Muslim) 


Manakala Imam Abu Hanifah dan Muhammad Hassan Asy-Syaibani berpendapat makruh lelaki mengucup mulut, tangan atau mana-mana anggota mahupun memeluk lelaki lain. 


Dalilnya, riwayat ketika Rasulullah SAW pernah ditanya: “Adakah boleh mengucup antara satu sama lain? Baginda menjawab: Tidak. Ditanya lagi: Adakah boleh memeluk antara satu sama lain? Baginda menjawab: Tidak. Ditanya lagi: “Adakah boleh bersalaman antara satu sama lain? Lalu Rasulullah SAW menjawab: Ya.” 
Namun Abu Yusuf dari Mazhab Hanafi mengatakan tidak mengapa bersandarkan riwayat Jaafar bin Abi Thalib ketika pulang dari Habsyah, Rasulullah SAW memeluk dan mengucup dahi beliau. Begitu juga riwayat sahabat Rasulullah SAW apabila pulang dari musafir, mereka mengucup dan memeluk antara satu sama lain.



Hukum  lelaki memandang sesama lelaki, terutama lelaki yang dikategorikan sebagai lelaki ‘cantik’ (amrad), sebahagian ulama mengatakan amrad itu lelaki yang tidak mempunyai janggut dan misai (kerana lazimnya Muslim terdahulu itu memelihara janggut mereka). 


Fuqaha’ bersepakat mengatakan haram melihatnya dalam keadaan syahwat. Manakala melihat lelaki ‘cantik’ tanpa perasaan syahwat dan tanpa unsur menimbulkan fitnah, fuqaha’ berselisih pendapat. 

Jumhur fuqaha (majoriti) mengatakan hukumnya harus melihat kepada lelaki ‘cantik’ jika pandangan itu tidak mendatangkan syahwat. Namun sebahagian golongan al-Hanabilah berkata makruh jika melihat secara berulang kali.

Pendapat yang rajih dalam kalangan Syafi’iyyah berkata, haram melihat secara mutlak sama ada mendatangkan syahwat ataupun tidak. Pendapat ini disokong oleh Syeikh Ibn Taimiyyah dari Hanabilah. 

Ini menunjukkan kehadiran lelaki ‘cantik’ di hadapan kita boleh membabitkan persoalan hukum yang sudah lama dibincangkan oleh ulama. Jelasnya, apa saja yang mendatangkan syahwat jika melihatnya maka jatuh hukum haram walaupun sesama jantina. 

Bagaimana pula dengan isu jika tidur bersama jantina yang sama jenisnya. Sebagai contoh, lelaki tidur bersama lelaki sekatil. Ulama melarang lelaki sesama lelaki tidur secara bogel dalam satu pakaian atau selimut mahupun sekatil bersama. Walaupun kedudukan antara mereka itu berjauhan

Jika berpakaian dan tidur bersama dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah maka diharuskan. Dalil jumhur fuqaha ialah berdasarkan kepada hadis Abu Said al-Khudri itu. 

Sebenarnya Islam bukan disyariatkan untuk menyusahkan. Namun sebagai satu peraturan hidup yang memelihara maruah sesama insan. Ketelitian ulama membincangkan isu ini adalah satu jalan menutup jalan ke arah kemungkaran. 
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan.” (Surah al-Isra’, ayat 36) 

Kerana daripada mata turun ke hati, walau tanpa disedari. Dan mata itu satu deria kurniaan Allah yang amat indah jika tepat cara penggunaannya. Namun ia juga akan mengkhianati diri kita jika digunakan dengan penuh kekotoran dalam hati. 

Firman Allah yang bermaksud: “Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.” (Surah al-Ghafir, ayat 19) 

Pintu syahwat itu amat kuat dugaannya untuk setiap manusia. Namun, manusia yang bertakwa akan bijak mengawal hati sehingga mata akur dengan imannya. Jadikan hati yang khusyuk dan tawaduk perisai kelopak mata. Bukan mata yang tajam menjadi senjata untuk menikam kelemahan hati. 



Di tulis oleh : Juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis  
Sumber        : Berita Harian
Pautan          : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UmatIslammestijagaauratsesamajantina/Article


Semoga kita dapat memahami apa yang hendak disampaikan oleh penulis untuk pedoman kita dan kawan-kawan yang lain. 

Tuesday 24 May 2011

Laman Facebook ke Laman Blog ( lagi isu menghina Islam )

Assalammualaikum w.b.t dan salam 1malaysia. post di subuh hari ini diatas tajuk lagi isu menghina islam. Setelah menghina Islam di laman sosial Facebook di hentikan oleh pihak pengurusan Facebook Makcik Hajjah al-Wuzara kini giat aktif di laman blog untuk meneruskan agenda menghina Islam. Identiti penulis blog Makcik Hajjah al-wuzara masih tidak di ketahui kerana tiada sebarang tindakan yang di ambil oleh pihak berwajib. Apa yang di kesali apabila komentar menanyakan tentang agama si penulis, penulis dengan bangga menyatakan dia beragama Islam. Adakah Islam yang di pelajari nya dari kecil mengajar dia menjadi begitu? ( Jika Makcik Orang Islam Lahh kan~) dan jika penulis blog itu beragama selain dari Islam, adakah agama makcik menggalakkan tindakan makcik itu?. ( hanya Allah yang tahu Makcik Agama apa sekalipun) yang penting setiap ajaran agama menitikberatkan isu menghormati agama yang lain. Sedangkan Islam sendiri pon menghormati penganut dan agama lain.Penulis blog itu menghina Allah sedangkan agama kristian dan yahudi pon menyembah Allah.
Adakah umat Kristian, Muslim dan Yahudi menyembah Tuhan yang sama?
Oleh Rev. Fr. Francois Knittel
(Diterjemahkan daripada Majalah Christendom Bil. 14)
Kristian dan Muslim, kita berkongsikan banyak perkara yang sama, sebagai suatu umat dan juga sebagai manusia biasa (…) Kita percaya akan Allah yang sama, Allah yang Satu, Allah yang hidup, Allah yang mencipta dunia dan Allah yang memimpin ciptaan-Nya ke arah kesempurnaan.” [Ucapan Yohanes Paulus II semasa Perjumpaan Dengan Belia Muslim Muda di Stadium Casablanca, Ogos 19, 1985. Kecuali dinyatakan sebaliknya, dokumen papal dipetik daripada ( www.vatican.va ).

Ini bermaksud penulis blog itu jika dia beragama kristian secara tidak langsung dia juga menghina tuhan agamanya juga. Penulis blog itu juga menghina Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. dengan mentafsir hadith dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W dengan mengikut akal fikiran dan kemarahan sahaja. Segala hinaan yang di lakukan tidak sanggup saya tuliskan di dalam blog ini. Cuma ini sekadar info yang ingin di nyatakan wujudnya Blog yang menghina Islam.  Jika anda ingin membacanya eloklah terus ke laman blog ini  
http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/  dan jika anda ingin komen di blog makcik itu, komenlah dengan berilmu, jangan ikutkan perasaaan kerana kita akan di anggap sama dengan makcik itu.Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada penulis blog itu. Dan kepada kita sebagai umat Islam 
tetapkanlah hati kita kuatkanlah iman kita supaya akidah kita tidak terpesong dari tulisan-tulisan sebegitu.

Saya rasa dari asik dok tangkap yang politik tu masuk ISA baik tangkap Makcik ini masuk ISA. Makcik ini pon boleh menganggu ketenteram Negara. think it!


Credit to PCE 

followers