Friday 27 May 2011

Kau segala-galanya

Antara firman Allah bermaksud: “Dan Kami (Allah) mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga menyusukannya); dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (oleh yang demikan) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Al-Luqman: 14)


Daripada firman itu, Allah memperincikan beberapa perkara yang wajib disedari iaitu anak diwajibkan berbuat baik kepada ibu bapa, terutama kepada ibu.

Assalammualaikum w.b.t dan salam 1Malaysia. Setiap kali buka televisyen(tv) pasti anda semua akan melihat drama/filem/telemovie tentang anak-anak yang tidak menghormati ibu-bapa. Sebenarnya tujuan mereka menayangkan cerita sebegitu kerana ia adalah sikap realiti manusia zaman sekarang. Pernah sekali saya melihat program Tanyalah Ustaz di tv9 pada hari Ibu yang lepas, mereka membincangkan masalah ini. Semasa sesi bertanyakan Ustaz, Ada cerita yang di kongsi kepada semua tentang seorang anak yang tidak membenarkan ibunya bertandang ke rumahnya dan tidak membuka pintu rumahnya untuk si ibu. Ya Allah, sayang sekali si anak kerana ramai anak yang sepertinya inginkan ibunya selalu berada si samping mereka. Semoga Allah membuka pintu hati si anak.

Di sini saya ingin menegaskan tentang cara menghormati seorang Ibu yang dan tanggungjawab kita sebagai seorang anak,.

1. Sentiasalah berbuat baik terhadap Ibu
2. Membalas panggilan semasa si Ibu memanggil anaknya dengan perkataan yang baik dan elok seperti
    "Ya, saya datang ibu," , "Ya, Mak akak/Abg datang ini".
3. Sentiasa mendoakan kesejahteraan Ibu dan panjangkanlah umur Ibu.
4. Menghormati Ibu.
5. Menjaga perasaan Ibu.
6. Berbakti kepada Ibu dengan seikhlas-ikhlas hati.
7. Sentiasa memohon maaf kepada ibu.
8. Menjaga dan melayani mereka yang tua dan uzur.
9. Dan lain-lain lagi.

Faktor yang penting dalam berbuat baik kepada ibu bapa ialah anak jangan sesekali menyakiti hati mereka. Ingatlah kepada sebuah hadis Rasulullah s.a.w bermaksud: “Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.” (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasai)

Bagi mereka yang sudah ketiadaan Ibu di sisi, hendaklah berdoa untuk kesejahteraan Ibu di sana.Kata Ustaz di rancangan itu, Masukkanlah doa untuk ibu di setiap doa yang kita baca, termasuklah doa makan diakhir doa bacalah seperti " Ya, Allah, selamatkanlah ibu ku di sana dan tempatkan ibu di tempat orang yang solehah".Sentiasalah sedekahkan Al-fatihah kepada arwah.

Semoga dengan ini kita akan sama-sama memperbaiki diri dan berbakti kepada ibu kita. InsyaAllah kita akan mendapat pahala yang setimpal dengan apa yang kita buat. Selamat di dunia dan akhirat.

4 comments:

sebut pasal hubungan ibu dengan anak.. izinkan ak berkongsi video di youtube yg begitu mengayat hati.. semoga kita semua mendapatkan pengajaran darinya..

http://www.youtube.com/watch?v=tWFRwPsg1tE

insyaAllah kita terpelihara dr sikap bongkak ank2 terhadap ibu bapa sendri....=)

InsyaAllah,Amin moga2 BL. thx for comment

Post a Comment

followers