Fuhyo!

Kadang-kadang aku ingin menjadi seperti mereka,berjaya di dalam apa yang di ceburi.

Mata Melihat

Mata melihat, Hati Merasa.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label Ingin tahu?. Show all posts
Showing posts with label Ingin tahu?. Show all posts

Monday, 30 May 2011

PANDANGAN ISLAM TERHADAP MUZIK

Nyanyian yang lunak adalah santapan jiwa manusia, menyegarkan otak dan disukai oleh pendengaran. Ia adalah kelazatan bagi telinga sepertimana makanan yang menjadi kelazatan bagi mulut dan perut; Pemandangan yang indah menjadi kelazatan bagi mata; bauan yang harum menjadi kelazatan bagi hidung dan sebainya.Adakah perkara-perkara yang baik dan lazat ini haram bagi Islam?!

Daripada beberapa dalil Qur’an,setiap benda yang baik lazimnya halal; Oleh itu setiap yang baik dipandang oleh jiwa dengan baik; akal manusia yang sejahtera adalah halal sebagai kerahmatan kepada umat Islam ini dan juga kerana kesyumulan, kelengkapan, dan keberkekalan risalah Islam.

Firman Allah (maksud):

“Mereka bertanya kepadamu: Apakah yang dihalalkan bagi mereka?Bagi menjawabnya katakanlah:Dihalalkan bagi kamu yang lazat-lazat serta baik. “(Maaidah: 4)

Hak mutlak menghalal/mengharam sesuatu adalah milik Allah saja: (maksud):

“Katakanlah:’ Sudahkah kamu nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfa’at kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanyaharam dan sebahagian lagi halal?Katakanlah lagi (kpd mereka):Adakah Allah mengizinkan kepada kamu hanya mengada-ngadakan secara dusta terhadap Allah?” (Yunus:59)

Firman Allah (maksud):

“Sesungguhnya merugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka kerana kebodohan lagi tidak berilmu (sedang Allah memberi rezki kepada sekelian makhluk); dan rugilah (mereka) yang mengharamkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka dengan berdusta terhadap Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka dan tiadalah mereka mendapat petunjuk.” (al An’am: 140)

Firman Allah (maksud):

“Dan kehidupan dunia ini hanyalah LAHWUN dan permainan belaka..” (Ankabut: 64)

RasuluLlah saw pernah menasihati Handzalah, Wahai Handzalah, bergurau ada masanya dan serius ada masanya. Saidina Ali ada menasihatkan:Rehatkan hatimu dr masa ke semasa kerana hati jika dipaksa akan menjadi buta. Juga dari Ali KW:Hati juga merasa jemu sepertimana juga badan merasa jemu; maka carilah perkara-perkara yang menarik untuk menghiburkannya. Telah berkata Abu Darda’:Aku menghiburkan diriku dengan sedikit al Lahwu untuk menguatkan diriku dalam melakukan perkara-perkara kebaikan.

KATA IMAM AL GHAZALI:

Apabila diajukan kepada Imam alGhazali apakah nyanyian termasuk al Lahwu? Beliau berkata:Ya begitulah sebenarnya. Sesungguhnya seluruh dunia adalah al lahwu dan permainan..dan semua guarauan bersama isteri adalah al lahwu melainkan jima’ yang bertujuan melahirkan zuriat. Begitu juga setiap gurauan yang tidak mengandungi kejahatan dan kemaksiatan, maka ia adalah halal. Sebab itulah ada waktu-waktunya makruh mengerjakan solat nawafil (sunat) untuk memberi kerihatan kepada orang yang sering melakukannya. Kerihatan sebenarnya menolong utk terus beramal. Sedikit dalam al lahwu dapat menolong seseorang dalam situasi tegang oleh kerana kita tidak akan mampu untuk sentiasa dalam keadaan serius dan kepahitan sepanjang masa kecuali jiwa para Anbiya’.

Maka al lahwu (berhibur seketika) adalah ubat juga bagi jiwa. Maka allahwu sudah semestinya Harus. Tapi al lahwu seperti mana ubat-ubatan yang lain ia tidak boleh diambil secara berlebihan.

Jika al lahwu disertai dengan niat ibadah, ia menjadi ketaatan kepada Allah. Sesiapa yang mendengar nyanyian dan muzikal janganlah menganggapnya sebagai sifat terpuji! Tapi hanya sekadar mendapatkan kelazatan dan kerihatan semata-mata.

Manusia mempunyai tingkatan: perkara-perkara yang harus kepada golongan martabat ABRAR (golongan yang baik) adalah kejahatan kepada golongan muqarrabin ( mereka yang sangat hampir dengan Allah) dan seterusnya.

Oleh itu kita mesti mengambil hukum ‘am/pada kadar yang biasa. Bagi yang mengetahui selok belok cara untuk mengubat hati, cara untuk melembutkan hati dan mendorongnya kepada kebenaran, secara pasti dia juga akan tahu bahawa merihatkan hati dengan perkara-perkara begini (lahwun dan la’ibun) adalah ubat yang berguna yang mesti digunakan (al Ghazali).

Nyanyian adalah Harus (dibolehkan) tapi dalam Acuan Islam . Muzik adalah termasuk dalam perkara tabi’iy (asasi) di sisi fitrah manusia. Ia juga termasuk bab Urf (adat resam sesuatu bangsa); ada bangsa yang amat suka kepada muzik dan nyanyian; Islam tidak menghalang sesuatu yang selari dengan fitrah dan diterima oleh urf (adat) atau cara hidup budaya setempat. (Prof Qardhawi, halal ; haram , juga Fatwa Mu’asirat) Bermain gambus dan nyanyian oleh hamba sahaya sudah diamalkan sejak zaman Ali bin Talib dan tiada yang menegahnya..

Malangnya industri musik seperti juga bidang-bidang lain, ia diterajui oleh Barat yang mempunyai muslihat yang jahat terhadap Islam terutama remajanya. Apabila industri muzik; nyanyian itu diterajui oleh Barat, maka umat Islam perlulah berhati-hati, unsur-unsur yang diketengahkan oleh mereka adalah bertujuan melalaikan manusia, menjatuhkan mereka kepada maksiat dan menjurus kepada manusia meninggalkan kehidupan beragama. Industri muzik Barat juga memperkenalkan pelbagai jenis muzik yang melampau seperti heavy metal, rap, rock, super dance dan lain-lain yang bertentangan dengan fitrah. Ini bertentangan dengan hiburan dalam Islam yang bertujuan memberi sedikit kerehatan kepada jiwa manusia.

Oleh itu rumusannya industri musik dan nyanyian yang harus ialah yang sesuai dengan fitrah manusia, menghibur dan memberi ketenangan kepada jiwa dan mematuhi adab-adab Islam ; ini menuntut kesedaran Islam yang tinggi dari pemuzik dan pencipta lagu Muslim supaya membentuk arahalir industri musik yang tersendiri dan terpisah drpd pengaruh jahat Barat. Sebarang percubaan Barat untuk menghanyutkan umat Islam kepada kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan, mestilah dihalang, menetapi kaedah Masoleh Mursalah (kepentingan awam), Sadd Adz Dhara’iy (menutup pintu-pintu kejahatan) dan Istiqra’ (pungutan suara rakyat) juga Urf (adat budaya tempatan).

PANDANGAN ULAMA” TERHADAP MUZIK

Ulamak yang paling berautoriti dalam hukum-hukum yang baru utk abad ini ialah al marhum Syaikh Mahmud Syaltut, bekas rektor al Azhar dalam koleksi Fatwanya, alFatawa (terbitan Darul syuruq, Cairo. 1960) ms 355-359 menjelaskan dengan tegas empat perkara tentang muzik:

Pertama: Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugrahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga. (Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam alGhazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208.)

Kedua: AlQur’an yang mendasari segala peraturan dan perundangan di atas dasar kesempurnaan dalam Tujuan sentiasa menjaga supaya tidak berlaku keterlaluan dipihak yang tidak menggunakan muzik dan pihak yang menggunakan muzik secara berlebihan. Islam mahukan kesederhanaan.

Ketiga: Fuqaha’ terdahulu membenarkan musik apabila mempunyai konteks yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, hajji, perkahwinan, perayaan id. Mengikut fuqaha’ Hanafi muzik yang dilarang ialah dengan bersyarat jika ia bercampur dengan sebutan alkohol, gadis penyanyi, fusuq, perzinaan dan keberhalaan. Aku (Syaltut) berpendapat larangan terhadap muzik adalah berdasarkan kpd konteks dan iringannya dengan yang lain dan bukanlah suatu reaksi terhadap muzik itu sendiri.

Keempat: Syaltut memberi amaran bahawa sesiapa yang berani melarang sesuatu perkara yang tidak jelas dilarang oleh Allah. Dalilnya ialah firman Allah dalam surah al A’raf: 32-33. siapakah yang berani mengharamkan perhiasan drpd Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan rezki yang baik-baik?….. hingga akhir.

Kesimpulannnya: secara ‘amnya muzik dibenarkan, jika ada larangan terhadapnya adalah kemalangan atau pengecualian disebabkan perlaku penyalahgunaan terhadap muzik itu sendiri.

Hukum mengenai muzik, pemuzik dan alat muzik mengikut Hujjatul Islam alGhazali (Ihya’ Ulumidin, vol 2, pg 283-301) menjelaskan ada tiga komponen penting yang mempengaruhi hukum muzik yang mungkin berubah dari masa kesemasa: zaman, makan dan ikhwan. ‘Zaman’ merujuk kepada masa, apakah muzik itu melalaikan daripada jihad dan ibadah. ‘Makan’ merujuk kepada suasana, situasi, occasion atau upacara di mana muzik itu dipersembahkan. ‘Ikhwan’: merujuk kepada aktiviti muzik itu; jika dengan muzik itu boleh menyebabkan mereka terdedah kepada manusia yang jahat atau membawa kepada kejatuhan moral.

Menurut al Ghazali inilah tiga komponen yang menjadi neraca bagi muslim di setiap zaman menghukum muzik: zaman, makan dan ikhwan.

Berbalik kepada soalan asal: apakah alat muzik yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan dalam Islam?

Al Ghazali menjelaskan (Ihya’ Ulumiddin, vol2, pg 271-272): tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah yang melarang alat-alat muzik bahkan setengah alat muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, ia tidak lebih daripada seperti kemerduan suara burung. Ianya dilarang jika ada hubungan atau dikaitkan dengan kumpulan peminum arak, homoseks dan lain-lain yang diarang.

Menurut Prof Lamya’ alfaruqui hukum hudud Islam jika seseorang didapati mencuri alat muzik ini berbedza-bedza mengikut madzhab. Misalnya menurut Syaikh Ibn Abu Zaid al Qairawan, Bakhurah alSa’ad menjelaskan pencuri alat muzik tidak boleh dipotong tangannya. Imam Syafi’iy dalam al Umm menjelaskan seseorang yang didapati bersalah memecahkan peralatan muzik tidak boleh dihukum. Manakala menurut sebahagian ulamak sesiapa yang memecahkan seruling atau sebarang alat muzik, ia layak dkenakan hukuman kerana menjual peralatan muzik itu sah di sisi undang-undang Islam.

Kesimpulan dan tarjih:

1. Menurut Fatwa Syaltut, muzik adalah harus selagi bukan untuk tujuan melalaikan dan maksiat

2. Menurut al Ghazali, tidak ada perincian syara’ tentang peralatan muzik yang halal dan haram. Ia bergantung kpd zaman(masa), makan(tempat), dan ikhwan(aktiviti muzik); mana-mana alat muzik yang baik dan lunak di dengar adalah harus, dan mana-mana alat muzik yang jelik dan dihubungkan dengan kumpulan manusia yang jahat akhlaknya adalah ditegah.

3. Hukum muzik, pemuzik dan peralatan muzik akan sentiasa berubah mengikut keadaan umat dan ulamak semasa.

wallahua’lam





Friday, 27 May 2011

Kau segala-galanya

Antara firman Allah bermaksud: “Dan Kami (Allah) mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga menyusukannya); dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (oleh yang demikan) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Al-Luqman: 14)


Daripada firman itu, Allah memperincikan beberapa perkara yang wajib disedari iaitu anak diwajibkan berbuat baik kepada ibu bapa, terutama kepada ibu.

Assalammualaikum w.b.t dan salam 1Malaysia. Setiap kali buka televisyen(tv) pasti anda semua akan melihat drama/filem/telemovie tentang anak-anak yang tidak menghormati ibu-bapa. Sebenarnya tujuan mereka menayangkan cerita sebegitu kerana ia adalah sikap realiti manusia zaman sekarang. Pernah sekali saya melihat program Tanyalah Ustaz di tv9 pada hari Ibu yang lepas, mereka membincangkan masalah ini. Semasa sesi bertanyakan Ustaz, Ada cerita yang di kongsi kepada semua tentang seorang anak yang tidak membenarkan ibunya bertandang ke rumahnya dan tidak membuka pintu rumahnya untuk si ibu. Ya Allah, sayang sekali si anak kerana ramai anak yang sepertinya inginkan ibunya selalu berada si samping mereka. Semoga Allah membuka pintu hati si anak.

Di sini saya ingin menegaskan tentang cara menghormati seorang Ibu yang dan tanggungjawab kita sebagai seorang anak,.

1. Sentiasalah berbuat baik terhadap Ibu
2. Membalas panggilan semasa si Ibu memanggil anaknya dengan perkataan yang baik dan elok seperti
    "Ya, saya datang ibu," , "Ya, Mak akak/Abg datang ini".
3. Sentiasa mendoakan kesejahteraan Ibu dan panjangkanlah umur Ibu.
4. Menghormati Ibu.
5. Menjaga perasaan Ibu.
6. Berbakti kepada Ibu dengan seikhlas-ikhlas hati.
7. Sentiasa memohon maaf kepada ibu.
8. Menjaga dan melayani mereka yang tua dan uzur.
9. Dan lain-lain lagi.

Faktor yang penting dalam berbuat baik kepada ibu bapa ialah anak jangan sesekali menyakiti hati mereka. Ingatlah kepada sebuah hadis Rasulullah s.a.w bermaksud: “Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.” (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasai)

Bagi mereka yang sudah ketiadaan Ibu di sisi, hendaklah berdoa untuk kesejahteraan Ibu di sana.Kata Ustaz di rancangan itu, Masukkanlah doa untuk ibu di setiap doa yang kita baca, termasuklah doa makan diakhir doa bacalah seperti " Ya, Allah, selamatkanlah ibu ku di sana dan tempatkan ibu di tempat orang yang solehah".Sentiasalah sedekahkan Al-fatihah kepada arwah.

Semoga dengan ini kita akan sama-sama memperbaiki diri dan berbakti kepada ibu kita. InsyaAllah kita akan mendapat pahala yang setimpal dengan apa yang kita buat. Selamat di dunia dan akhirat.

Wednesday, 25 May 2011

Menjaga aurat sesama jantina

Allah menurunkan peringatan-Nya bermaksud: “Katakanlah kepada laki-laki beriman, hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (Surah an-Nur, ayat 30)


Ketika menafsirkan ayat ini, Imam Ibnu Kathir tidak mengkhususkan ‘menundukkan pandangan’ hanya kepada wanita. Beliau mengambil pandangan sebahagian besar Ulama Salaf yang melarang memandang ‘amrad’ (lelaki cantik). Bahkan sebahagian mengharamkannya kerana menimbulkan fitnah.


Assalammualaikum w.b.t dan salam 1malaysia. Post kali ini di buat kerana tertarik dengan artikel ini tentang menjaga aurat sesama jantina dan di harap dapat kita berkongsi sesama kita bagi memahami lebih tentang menjaga aurat di dalam pergaulan harian kita.Hukum asal dalam Islam, dibenarkan lelaki memandang sesama lelaki. Juga tiada larangan bersentuhan. Malah disunatkan bersalam-salaman untuk mengikat hubungan silaturahim sesama Muslim. 


Daripada Abu Said al-Khudri, Nabi SAW bersabda bermaksud: “Janganlah seorang lelaki melihat aurat sesama lelaki. Jangan pula seorang perempuan melihat aurat sesama perempuan. Seorang lelaki tidak boleh bersentuhan kulit sesama lelaki dalam satu selimut. Demikian pula seorang perempuan tidak boleh bersentuhan dengan perempuan lainnya dalam satu selimut.” (Sahih Muslim) 


Manakala Imam Abu Hanifah dan Muhammad Hassan Asy-Syaibani berpendapat makruh lelaki mengucup mulut, tangan atau mana-mana anggota mahupun memeluk lelaki lain. 


Dalilnya, riwayat ketika Rasulullah SAW pernah ditanya: “Adakah boleh mengucup antara satu sama lain? Baginda menjawab: Tidak. Ditanya lagi: Adakah boleh memeluk antara satu sama lain? Baginda menjawab: Tidak. Ditanya lagi: “Adakah boleh bersalaman antara satu sama lain? Lalu Rasulullah SAW menjawab: Ya.” 
Namun Abu Yusuf dari Mazhab Hanafi mengatakan tidak mengapa bersandarkan riwayat Jaafar bin Abi Thalib ketika pulang dari Habsyah, Rasulullah SAW memeluk dan mengucup dahi beliau. Begitu juga riwayat sahabat Rasulullah SAW apabila pulang dari musafir, mereka mengucup dan memeluk antara satu sama lain.



Hukum  lelaki memandang sesama lelaki, terutama lelaki yang dikategorikan sebagai lelaki ‘cantik’ (amrad), sebahagian ulama mengatakan amrad itu lelaki yang tidak mempunyai janggut dan misai (kerana lazimnya Muslim terdahulu itu memelihara janggut mereka). 


Fuqaha’ bersepakat mengatakan haram melihatnya dalam keadaan syahwat. Manakala melihat lelaki ‘cantik’ tanpa perasaan syahwat dan tanpa unsur menimbulkan fitnah, fuqaha’ berselisih pendapat. 

Jumhur fuqaha (majoriti) mengatakan hukumnya harus melihat kepada lelaki ‘cantik’ jika pandangan itu tidak mendatangkan syahwat. Namun sebahagian golongan al-Hanabilah berkata makruh jika melihat secara berulang kali.

Pendapat yang rajih dalam kalangan Syafi’iyyah berkata, haram melihat secara mutlak sama ada mendatangkan syahwat ataupun tidak. Pendapat ini disokong oleh Syeikh Ibn Taimiyyah dari Hanabilah. 

Ini menunjukkan kehadiran lelaki ‘cantik’ di hadapan kita boleh membabitkan persoalan hukum yang sudah lama dibincangkan oleh ulama. Jelasnya, apa saja yang mendatangkan syahwat jika melihatnya maka jatuh hukum haram walaupun sesama jantina. 

Bagaimana pula dengan isu jika tidur bersama jantina yang sama jenisnya. Sebagai contoh, lelaki tidur bersama lelaki sekatil. Ulama melarang lelaki sesama lelaki tidur secara bogel dalam satu pakaian atau selimut mahupun sekatil bersama. Walaupun kedudukan antara mereka itu berjauhan. 

Jika berpakaian dan tidur bersama dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah maka diharuskan. Dalil jumhur fuqaha ialah berdasarkan kepada hadis Abu Said al-Khudri itu. 

Sebenarnya Islam bukan disyariatkan untuk menyusahkan. Namun sebagai satu peraturan hidup yang memelihara maruah sesama insan. Ketelitian ulama membincangkan isu ini adalah satu jalan menutup jalan ke arah kemungkaran. 
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan.” (Surah al-Isra’, ayat 36) 

Kerana daripada mata turun ke hati, walau tanpa disedari. Dan mata itu satu deria kurniaan Allah yang amat indah jika tepat cara penggunaannya. Namun ia juga akan mengkhianati diri kita jika digunakan dengan penuh kekotoran dalam hati. 

Firman Allah yang bermaksud: “Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.” (Surah al-Ghafir, ayat 19) 

Pintu syahwat itu amat kuat dugaannya untuk setiap manusia. Namun, manusia yang bertakwa akan bijak mengawal hati sehingga mata akur dengan imannya. Jadikan hati yang khusyuk dan tawaduk perisai kelopak mata. Bukan mata yang tajam menjadi senjata untuk menikam kelemahan hati. 



Di tulis oleh : Juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis  
Sumber        : Berita Harian
Pautan          : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UmatIslammestijagaauratsesamajantina/Article


Semoga kita dapat memahami apa yang hendak disampaikan oleh penulis untuk pedoman kita dan kawan-kawan yang lain. 

Monday, 23 May 2011

Nasi Arab

Assalammualaikum wbt. dan salam 1malaysia. Hari ini post tentang Nasi Arab di Shah Alam. Nasi Arab pada hari ini agak popular di Malaysia. Kedai Nasi Arab menyediakan hidangan dari Negara Arab2 seangkatan lah.


Kepada yang belum cuba lagi cuba lah di Shah Alam di Seksyen 7 atau Di Kelana jaya di Kelana jaya mall belakang Unitar.

Thursday, 12 May 2011

Artis Malaysia perempuan yang paling HOT

Assalammualaikum w.b.t. Hari nie aku bosan sgt dah.. dengan line slow semua bagai.. tp takpelah alhamdulillah siap dah format laptop masuk windows 7 dari  windows asal XP. Time nak download antivirus ngn install pon lambat.Berbalik pada tajuk asal, harini aku nak cakap pasal artis malaysia (PEREMPUAN) paling HOT di Malaysia. HOT bermaksud panas atau banyak gossip atau paling cantik atau paling seksi atau semuanyalah.Bagi aku gamba2 di bawah ini yang paling hot la bagi aku la...




 
Ok buat masa nie update 4 je sebab line sgt terok!! korang pilehlah mane yg hot ? kalu ade suggestion comment lah.. 

Sunday, 8 May 2011

Selamat hari ibu mak!


Assalamualaikum w.b.t. Post kali nie aku nak ucapkan selamat menyambut hari ibu pada semua. Semoga korang menghormati ibu korang walau macam mana ibu korang layan korang, tak kire la baik ke tak baik ke, yang penting ibu yang melahirkan kita, membesarkan kita, tanpa leteran ibu, kita takkan tahu mana yang baik atau mana yang buruk.Di sini aku nak btaw korang pasal "hukum tidak menjawab panggilan ibu". Berdosa kalu tak jawab panggilan ibu. dan apabile hendak jawab panggilan ibu,janganlah jawab cam bunyi anak lembu tapi jawablah kamu dengan baik seperti "ye saye ibu,abang datang ni" atau "ye saye, akak datang nie" apabila teringat psl cite panggilan neh.. tingat aku cite kat tanyalah ustaz kat tv9 cite die cmni..

Kisah Juraij; Pentingnya menyahut panggilan ibu

Di dalam kitab Syarah Al-Adabul Mufrad diceritakan, pernah terdapat seorang ahli ibadah yang bernama Juraij. Beliau banyak beribadah sehingga didirikan sebuah biara untuknya, dan dia tinggal di dalamnya. Suatu ketika ibunya datang pada saat dia sedang mendirikan solat.

Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!”

Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”

Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Pada keesokan hari ibunya datang semula dan Juraij masih sedang bersolat.

Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!”

Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”

Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Pada keesokan hari ibunya datang semula (untuk kali ketiga) dan Juraij masih sedang bersolat.

Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!”

Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.”

Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi. Lantas ibunya berdoa:

“Ya Allah! Janganlah Engkau matikan Juraij melainkan setelah dia melihat wajah-wajah pelacur!”

Sejak saat itu, kaum Bani Israil mula bercerita tentang Juraij dan ibadahnya. Ada seorang pelacur yang berdandan cantik berkata:

“Jika kalian kehendaki, aku akan menggodanya untuk kalian.”

Maka pelacur itu menawarkan diri kepada Juraij, tetapi Juraij sama sekali tidak mengendahkannya. Lalu pelacur tersebut mendatangi seorang pengembala kambing yang sedang berteduh di biara Juraij, menyerahkan diri kepadanya sehingga pengembala itu menyetubuhinya. Pelacur tersebut menjadi hamil. Ketika anak itu dilahirkan, pelacur tersebut mendakwa:

“Ini adalah anak Juraij.”

Maka orang ramai mendatangi Juraij, memaksanya keluar, menghancurkan biaranya dan memukulnya.

Juraij bertanya: “Kenapakah kalian melakukan semua ini?”

Mereka menjawab: “Engkau telah melacur dengan pelacur ini sehingga dia melahirkan anak kamu!”

Juraij bertanya: “Di manakah anak tersebut?”

Lalu bayi itu dibawa kepada Juraij. Dia berkata: “Biarkan aku, aku ingin bersolat terlebih dahulu.”

Maka Juraij bersolat. Setelah selesai, Juraij mendatangi bayi tersebut, memukul di perutnya, lalu bertanya:

“Wahai bayi, siapakah ayah kamu?”

Bayi itu menjawab: “Ayahku adalah seorang pengembala kambing.”

Tatkala mendengar jawapan tersebut, orang ramai kembali kepada Juraij, menyentuhnya dan menciumnya (kerana mereka telah bersalah dalam menuduhnya) dan berkata:

“Kami akan membangunkan semula biara kamu yang kami hancurkan dengan emas.”

Juraij menjawab: “Tidak, tetapi bangunkanlah ia dengan tanah sebagaimana asalnya.”

Apabila ditanya Juraij menjawab: “Suatu perkara yang saya ketahui, Saya terkena ucapan dari mulut ibu saya.”

Walaupun peristiwa itu dapat diatasi oleh Juraij, tetapi ia memberikan pengajaran yang cukup bermakna kepadanya. Suatu fitnah yang besar telah menimpa beliau. Sebagai seorang yang soleh dan mengabdikan seluruh hidupnya kepada Allah beliau tidak patut dimalukan dan disakiti begitu. Akhirnya beliau sedar bahawa itu adalah balasan kerana beliau telah menyakiti hati ibunya.

Selamat Hari ibu Mak! semoga aman di sana.. 
tips: Bagi Ibu yang sudah tiada anak2 perlu sentiasa masukan doa utk ibu dalam setiap doa walaupun doa makan.. InsyaAllah..
Source : tanyalah Ustaz @ tv9 

Wednesday, 4 May 2011

Update!!


Assalamualikum, Hari nie aku nak cite pasal dok edit2 blog neh.. da lame nak edit tapi xda masa,xda internet. tapi harini alhamdulillah dah edit skit2 la.. 1st sekali wat page kat blog neh.. skrg dah ada pautan untuk downloads kat menubar atas tu.Kat dalam pautan download tu ada pautan untuk Malay movies dan English movies.Kot kalu nak download movie tu pegi kat situ jelah.. xsudah pon klik2 je .. yang kedua sitemap pon da siap. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. kalau ada request untuk download movie link tu silalah comment. InsyaAllah akan ku usehekan! cewah! itu saja. wsalam.

Saturday, 30 April 2011

Comolot


Assalammualaikum. agak lama tak update blog neh.. hari ini aku nak kongsikan sikit pasal tajuk filem/dvd COMOLOT. Tajuk die pon kita dah tahu kan macam mana lah isi cerita die kan. Mungkin agak2 korang cite pasal lelaki ngn pompuan comolot kan.. but.. bile tgk je.. rupa-rupanya sebuah cite GAY.Cite ini di lakonkan oleh pelakon terkenal iaitu Remy Ishak. Agak geli tengok scene2 dalam cite tu yang aku tengok kat youtube.. but Remy ishak sanggup bawak watak tu.. solute la.. Ada komentar di dalam youtube yang mengutuk dan ada yang berfikir mengikut persepsi yang elok.. ape2 pon itu diambil kira melalui cara tontonan kamu.. cite neh dah lame.. aku baru je belek2 youtube cari cerite pendek .. nak tgk idea dorang.. tibe2 ade lak cite neh.. baru aku tahu.. apa2 pon neh aku kasi link die.. korang nilai la sendiri..


Apa2 pon jangan tiru aksi ini!! haha..

Thursday, 24 March 2011

Leverage (S3) Sudah Kembali di AXN (701)

Leverage season 3 dah kembali lagi.. best giler cite neh.. pada sape2 yang tak penah tgk cite neh.. silelah tgk setiap hari rabu pukul 9.10pm kat astro AXN(701).Cite neh mengisahkan tentang kumpulan yang diketuai oleh Nathan Ford sebagai "tok dalang" dalam menjayakan misi bagi menolong orang yang di tindas oleh golongan kaya. Nathan Ford di bantu oleh 4 orang pembantu yang mana mereka semua dari golongan penjenayah iaitu eliot spencer ( kaki pukul ), Sophie Devereaux ( pencuri ) Alec Hardison ( hacker ) Parker ( pencuri ). Untuk mengetahui lebih tentang character mereka tgk kat sini Leverage Character ( actor/actress) 

Hikayat Merong Mahawangsa

salam,
Post kali ini tentang HMM ( dalam tiket wayang tulis cmtu ). Setelah sekian lama nak sgt3 tengok cite neh.. akhirnya dapat jugak aku pergi tengok,, huureyy!!. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang cite neh pergi lah tengok sendirik kan.. kalu aku cite panjang2 rugi lak KRU nnt.. tapi takpe.. aku cite lah sikit.. sinopsis jela..
Cite neh mengisahkan bagaimana Merong Mahawangsa hendak menolong kerajaan ROM dalam menempuhi laut yang bahaya untuk meminang Puteri dari tanah besar China. Setelah sampai di sebuah pulau yang tak bernama(langkasuka) Mereka di serang oleh lanun yang menggelarkan diri mereka sebagai GARUDA. GARUDA neh mengamalkan ilmu menyembah dewa(ilmu hitam) yang mana kuasa yang di miliki ialah kebal dan dapat menyeru badai bagi memprotect geng GARUDA nie.. takat nie jelah kalu nak tahu lebih.. pergi lah menonton di wayang berhampiran anda( nak jauh pon boleh asal ade bungeee sudahh :P)

comment aku tentang cerita nie.. cerita nie better daripada cerita melayu lain la.. bkn nak kata cite melayu lain tak bagus.. tp melihat dari aspek CGI dan grafiknya dan jalan penceritaannya.. gud3 la.. rasa nak tengok lagi pon ada neh.. haha.. best2.. baik-baik dialog nya "Kalau empangan sudah dibuka, mana bisa tahan airnya" lagi satu "apa salahnya mengintai di bawah tudung saji".. hahah terbaik wokkk!! 

Ape2 pon tahniah kepada KRU sebab buat dan menerbitkan filem hebat sebegini.. semoga KRU terus maju dan terus membikin dan menerbitkan cite2 cmni dengan CGI dan grafik yang lebih hebat.. 

wasalam.. 

Thursday, 17 March 2011

Lat The Kampung Boy Muzikal

Post kali ni pasal teater pula.Masa aku tengok tv tadi astro Prima(105) ade satu rancangan
yang buat aku tertarik.Rancangan itu menceritakan tentang pembikinan teater Lat The Kampung boy.Aku ingatkan hanya ada buku ngn katun(animasi) je.. rupa-rupanya pengaruh Kampung boy ni sampai nak buat muzikal teater.Solute la dengan pengarah dia Harith Iskandar dan arahan bersama Hans Isaac sebab berjaya membikin teater kampung boy ni.Hans Isaac ni sebagai penerbit dan pereka set(xsilap la).Para pelakonnya dibintangi oleh Awie sebagai Lat, Atillia sebagai Faezah dan ramai lagi.Tadi ada terdapat info mengatakan Kampung boy ni telah di alih bahasa sebanyak berbelas2 bahasa la dan di sebarkan ke seluruh dunia. International tu.. World!!(bak kata mawi).Teater ini disokong dan didukung oleh YB perdana menteri Malaysia Dato`Seri Najib.Bak kata orang yang di temu ramah tadi pertama kali dalam sejarah.

Harap teater ini akan berjalan dengan lancar dan menjadi percakapan oleh semua rakyat
malaysia.Insyaallah.Apapun tahniah diatas kejayaan Hans Isaac dan Harith Iskandar dengan
idea yang menarik ini.

Apa lagi moh ler kita g nonton teater..(padahal tak penah tengok teater pon)






Wednesday, 16 March 2011

Update Benda Yang aku Suke Harinie Sblom Kuar

salam

Post kali ini ialah tentang Facebook yang dah buang button comment tu.. haha best2 senang dah cam chat kat ym/mirc or seangkatan dengannya..

bagos idea dorang neh.. memudahkan orang menaip.. tayah nak kacau2 tetikus lagi.. ape2 pon solute for the idea la mark zuckerberg(tah btol tah idak name die)

patotla dok slow je facebook 2 3 hari lepas.. rupa2nya ade wat perubahan.. tahniah!

wsalam

followers